Rabu, 02 April 2014

MOHON SUMBANGAN BINAAN SURAU BARU

MOHON DERMA IKHLAS DARIPADA PARA PENDERMA




ASSALAMUALAIKUM.

KEPADA SEMUA PENDERMA BUDIMAN, AJK SURAU  KEDAI EMPAT MEMOHON DERMA IKHLAS DARIPADA TAN SERI, DATO SERI, DATUK SERI, DATUK-DATUK, DATIN-DATIN, SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN. AJK SURAU KEDAI EMPAT BERCADANG UNTUK MEMBINA SEBUAH SURAU BARU. HAL INI DEMIKIAN KERANA SURAU YANG SEDIA ADA TERLALU UZUR DAN USANG.

BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KARIAH UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN BERSOLAT DAN MENJALANKAN SEMUA AKTIVITI KEAGAMAAN. KAMI KARIAH KAMPUNG KEDAI EMPAT AMAT MEMERLUKAN SEBUAH BINAAN SURAU BARU BAGI MENGANTIKAN SURAU YANG TELAH USANG DAN UZUR. 

BAGI PENGETAHUAN PARA PENDERMA YANG DIRAHMATI ALLAH SWT, SURAU LAMA KAMI TELAH DIMAKAN ANAI-ANAI, SELURUH PAPAN DINDING DAN LANTAI BANYAK YANG TELAH REPUT. KAMI KARIAH KAMPUNG KEDAI EMPAT AMAT GUSAR AKAN STRUKTUR BINAAN YANG MUNGKIN AKAN ROBOH.

MOHON KEPADA SEMUA PENDERMA AGAR DAPAT MEMBANTU KAMI UNTUK MENDERMA SEBAHAGIAN REZEKI YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT UNTUK SAHAM HARI AKHIRAT.

Firman Allah yang bermaksud: “Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu sayangi. Dan apa-apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” (Surah Ali-Imran ayat 92).
Menerusi wakaf, umat Islam dapat menjalankan perintah Allah dengan memindahkan sebahagian kecil harta kesayangannya itu kepada orang lain.
Wakaf adalah salah satu cabang undang-undang Islam yang amat penting kerana ia mempunyai pertalian antara hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia.

Bagi para penderma boleh membuat sumbangan bagi membantu AJK Pembinaan Surau untuk mendirikan sebuah surau baru.

BANK MUAMALAT

NAMA : SURAU KEDAI EMPAT

NO. AKAUN    :  0801-0001-6377-16

ALAMAT SURAU :  SURAU KEDAI EMPAT, 34250 TANJUNG PIANDANG, PERAK.

LAYARI YOUTUBE UNTUK MELIHAT RAKAMAN KEROSAKAN

AHLI JAWATAN KUASA

PENGERUSI PEMBINAAN  :  ENCIK ROSLI BIN ISMAIL                                     0174732085
SETIAUSAHA                         : TUAN HAJI AHMAD AZAM BIN MOHD YUSOF 0194572851
BENDAHARI                            : ENCIK AHMAD FUAD BIN SANI                          0193480049

AJK

ENCIK SHAFIE B. IBRAHIM
ENCIK AZHAR B. YAAKOB
ENCIK HASSAN B. SULAIMAN
TUAN HAJI IBRAHIM B. HJ. RAMLI
ENCIK TAJUDDIN BIN ABU BAKAR
TUAN HAJI ABDUL RAHMAN B. AHMAD
ENCIK ABDUL HASSAN B. SULAIMAN
HAJJAH HALIMAH BT. SULAIMAN


Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya. Sesungguhnya sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan”.
Pahala sedekah terbahagi kepada 4 bahagian:
Pertama, sedekah yang mendapat pahala sepuluh.
Kedua, sedekah yang berpahala sampai tujuh puluh.
Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus.
Keempat, sedekah yang memperolehi pahala tujuh ribu.
Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan kepada fakir miskin.
Sedekah kedua yang mendapatkan pahala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang diberikan kepada keluarga terdekat.
Sedekah yang ketiga pula mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat.

Sedekah yang keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah kepada orang yang mencari ilmu.




MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA SURAU
                                                          KEDAI EMPAT

Tarikh    : 1 Januari 2014                              
Masa     : 9.30 malam
Tempat : Surau Kedai Empat

Kehadiran
1.       Encik Hassan bin Sulaiman
2.       Encik Ahmad Fuad bin Sani
3.      Tuan Haji Ahmad Azam bin Yusuf
4.       Encik Rosli bin Ismail
5.       Encik Shafie bin Ibrahim
6.       Encik Azhar bin Yaakob
7.       Encik Ibrahim bin Haji Ramli

Encik Rosli bin Ismail mempengerusi mesyuarat :
1.0               Membina surau baru yang telah uzur.
1.1               Encik Rosli  telah berbincang dengan Mufti Negeri Perak Dato Seri Haji Harusani bin Zakaria Majlis Agama Islam Negeri Perak dan Adat Istiadat Melayu.
1.2               Mufti mencadangkan agar dibuat kutipan derma dan membina surau terlebih dahulu.
1.3               Pelan surau baru dibuat oleh Anuar bin Saad.
1.4               Wujudkan jawatankuasa binaan.
1.5               Rancangan peruntukan RM400,000 ke atas.
1.6               Kutipan derma perlu kebenaran berbagai pihak termasuk polis-polis.
1.6.1          Encik Ahmad Fuad b. Sani mencadangkan memohon dibuat sebuah surau baru.  Tuan Haji Ibrahim b. Ramli menyokong.
1.6.2          Encik Ahmad Fuad b. Sani mencadangkan Encik Rosli b. Ismail dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau baharu. Haji Muhamad Azam menyokong.
1.6.3          Encik Ahmad Fuad b. Sani mencadangkan agar Haji Ahmad Azam bin Hj Mohamad Yusof dilantik sebagai Setiausaha. Shafei Ibrahim menyokong.
1.6.4          Encik Hassan bin Sulaiman cadangkan Ahmad Fuad  bin Sani dilantik sebagai bendahari. Disokong oleh Encik Shafie b.Ibrahim.
1.7               Ahli Jawatankkuasa :
1.       Encik Rusli  bin Ismail
2.       Encik Ahmad Fuad  bin Sani
3.       Encik Ahmad Azam b Mohamad Yusof
4.       Encik Shafei  b Ibrahim
5.       Encik Azhar b Yaakob
6.       Encik Hassan b Sulaiman
7.       Encik Ibrahim b Hj Ramli
8.       Encik Tajudin  bin Abu Bakar
9.       Encik Roslan b Abdullah
10.   Hj Abdul Rahman bin Ahmad
11.   Encik Abdul Hassan b Sulaiman
12.   Puan Halimah binti Sulaiman
13.   Puan Aisyah binti Haji Abdullah


2.0                          2.0       Ahli Jawatankuasa Penyelaras Pinggan Mangkuk
2.1  Encik  Ahmad Azam b. Mohamad Yusuf mencadang agar Encik Abdul Aziz dan Encik Azmi
        b.Ismail dilantik sebagai AJK Penyelaras Pinggan Mangkuk.
2.2   Disokong oleh Encik Shafie b. Ibrahim.
2.3   Menyuarat memutuskan agar diberi saguhati sebanyak RM40 untuk menyelaras pinjaman pinggan mangkuk kenduri kahwin dan RM20 untuk saguhati menyelaras pinggan mangkuk untuk kenduri tahlil.
2.4   Wang pendahuluan dikenakan untuk setiap peminjam sejumlah RM50 untuk bayaran seandainya berlaku kehilangan, pecah atau sumbing pada barangan yang dipinjam. Wang akan dikembalikan sekiranya tiada sebarang kehilangan, pecah atau sumbing.

3.0         Perlantikan siak surau
3.1     Encik Ibrahim b. Haji Ramli mencadangkan agar melantik Hajah Halimah bt. Muhammad dan
          Puan Fadilah bt Haji Abdullah.
3.2   Disokong oleh Encik Hassan b. Sulaiman.
3.3   Mesyuarat memutuskan agar saguhati diberi kepada siak RM60 untuk dua orang.
4.  Membuka akaun Surau Kedai Empat
                4.1          Akaun yang akan dibuka di Bank Muamalat cawangan Parit Buntar.
                4.2          AJK yang dilantik adalah seperti berikut  :
                                4.2.1      i)  Encik Rosli bin Ismail                                   640316-07-5945
                                                ii) Haji Ahmad Azam b. Mohamad Yusof      580401-08-5011
                                                iii) Encik Ahmad Fuad b. Sani                       680210-08-5041
                                4.2.2      Syarat penandatangan dua daripada tiga orang AJK di atas.
                4.3          Akaun hendaklah dibuka atas nama Surau Kedai Empat
               

                                               
5. Laporan kewangan
5.1          Encik Ahmad Fuad bin Sani membentangkan laporan kewangan berakhir pada 31      Disember     2013. Jumlah wang dalam simpanan  RM4028.58
6. Hal-hal lain.
6.1          Encik Rosli mencadangkan agar kuliah di surau diadakan oleh Tuan Haji Yahya bin Ibrahim.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 malam.




Jumat, 24 Januari 2014

CINTA NABI MUHAMMAD S.A.W.

Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.
Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.”

Selain memiliki semangat di atas, orang-orang yang benar-benar mengasihi Nabi SAW harus terdapat pada dirinya bukti dan tanda berikut:

1. Menjunjung agama Nabinya, mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Dia juga mengamalkan adab-adab kehidupan Rasulullah SAW dalam segala keadaan, sama ada ketika susah atau pun senang, ketika gembira atau pun sedih. Ikatan antara ‘kasih’ dan ‘taat’ ini terlihat jelas dalam firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31)

Namun semangat semata-mata tidak memadai jika tidak berpaksikan di atas ilmu yang kukuh. Lebih-lebih lagi pada zaman fitnah ini, kegagalan seseorang itu mengenal mana satu Sunnah dan bidaah akan memungkinkan terjebak ke dalam lubuk bidaah yang dianggap sebagai Sunnah. Akhirnya Sunnah dipinggirkan dan bidaah ditegakkan.

Orang yang tersemat di dalam hatinya kasih yang sejati terhadap Rasulullah SAW juga, tidak akan mempedulikan kemarahan manusia lain dalam usahanya mentaati Allah SWT dan Rasul SAW.

2. Sudah menjadi adat dan lumrah berkasih, seorang kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya. Justeru, apabila hati seseorang itu telah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, maka lidahnya akan sering menyebut nama Kekasihnya SAW dan kotak fikirannya akan sentiasa mengingati Baginda SAW.

Selaku umat Muhammad SAW, kita amat bertuah kerana telah diajar berselawat ke atas kekasih kita Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu bentuk ibadah dan taqarrub kepada Allah SWT. Maka kita beruntung kerana dapat beribadah dengan menyebut, memuji dan berselawat kepada insan yang paling kita cintai dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang memuji Nabi SAW serta lafaz selawat yang diajar sendiri oleh Baginda SAW.

Kita juga dididik oleh Nabi SAW dan ulama pewaris Baginda SAW menghormati hari dan bulan kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul SAW dan Isra’ Mikraj dengan mengisinya dengan pelbagai amalan yang kesemuanya ada kaitan dengan Nabi SAW dalam kerangka ubudiah kepada Allah SWT. Walaupun ada segelintir di kalangan orang Islam sendiri mencurigai bacaan dan amalan-amalan ini.

Menghayati dan memperjuangkan agama seiring dengan berkasih-sayang dengan Nabi SAW dirasakan begitu indah dan menyegarkan. Sebaliknya tanpa dimensi ini, menghayati agama boleh terasa gersang dan membebankan serta cenderung membentuk jiwa keagamaan yang keras dan kasar.

3. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan sentiasa berasa rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW; untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau sekurang-kurangnya jika dapat menatap kelibat wajahnya yang mulia barang seketika dalam mimpi-mimpi mereka. Sudah pasti setiap kekasih sangat merindui untuk bersua dan menatap wajah kekasihnya.

Kerinduan sebeginilah yang dapat kita rasakan jika kita menyorot kehidupan generasi sahabat. Misalnya, kita dapat turut berkongsi keriangan dan kegembiraan Abu Musa al Asy’ari r.a dan rombongan kaumnya dari Yaman yang berkunjung ke Madinah.

Mereka mempercepatkan langkah dan begitu girang untuk menemui Rasulullah sambil mendendangkan syair kegembiraan: “Esok kita akan bertemu dengan para kekasih kita, Muhammad dan sahabat-sahabatnya!” Setibanya mereka di Madinah dan Masjid Nabi, mereka terus menghadap dan memuliakan Nabi SAW. (riwayat Al-Baihaqi)

4. Seseorang yang mengasihi Baginda SAW juga akan membesarkan diri dan suruhan Baginda termasuk memuliakannya ketika menyebut namanya. Malah ada yang sehingga menunjukkan rasa rendah dan hina diri ketika mendengar nama Baginda SAW disebut di hadapan mereka.

Berkata Ishaq al-Tujibi r.a, sahabat-sahabat Nabi SAW selepas kewafatan Baginda SAW tidak akan menyebut nama Baginda SAW melainkan mereka akan merendahkan diri dan menggigil serta menangis kerana diselubungi perasaan rindu yang dalam akibat berpisah dengannya.

Hal ini sangat berbeza dengan sesetengah mereka yang mengaku sebagai ahli agama pada zaman kita yang tidak mahu membesarkan dan menobatkan keistimewaan Nabi Muhammad SAW tetapi hanya menumpukan kepada risalahnya dan sunnah yang dibawa olehnya. Seolah-olah Nabi SAW hanyalah berperanan seumpama posmen penghantar surat atau orang suruhan bawahan!

Sedangkan apabila seseorang makhluk itu mempunyai sifat-sifat istimewa tersebut, maka sifat-sifat itu hanya sekadar yang bersesuaian dengan kemanusiaannya yang diciptakan terbatas dan diperolehi dengan izin, kurniaan dan kehendak-Nya.

Mengasihi Nabi SAW

Ada juga sesetengah mereka yang menolak penggunaan gelaran Sayyidina bagi Nabi SAW sedangkan Nabi SAW lebih daripada layak mendapat gelaran tersebut tetapi dalam masa yang sama mereka bebas menggunakan pelbagai gelaran dalam kehidupan mereka.

5. Orang yang mengasihi Nabi SAW juga sepatutnya akan mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi SAW terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahli-ahli bait dan sahabat-sahabatnya yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar.

Mereka juga akan memusuhi orang yang memusuhi mereka dan membenci orang yang membenci mereka dan keturunan mereka.

Hakikatnya, sesiapa yang mengasihi seseorang, dia akan mengasihi semua perkara yang disukai oleh orang yang dikasihinya.

Ini ialah sirah para Salaf al-Salih; mereka akan mengasihi segala yang dikasihi oleh Rasulullah SAW sehinggakan terhadap perkara-perkara yang sekadar diharuskan dan digemari oleh nafsu (yang tidak diharamkan oleh syarak).

Anas ibn Malik r.a misalnya, setelah melihat Rasulullah SAW mencari-cari labu di dalam dulang ketika sedang menikmati makanan, maka semenjak hari itu dia turut sentiasa suka kepada labu.

6. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan membenci apa yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi Sunnahnya, melakukan perkara bidaah dalam agamanya dan memandang berat setiap perkara yang bercanggah dengan syariatnya.

Allah SWT menjelaskan: Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. (al-Mujadalah: 22)

“Mereka” yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah para sahabat Baginda SAW yang telah membunuh orang yang mereka kasihi dan juga bapa-bapa mereka yang ingkar dan kafir semata-mata mengharapkan keredaan Allah. Ibnu Abbas RA menyatakan, di antara sahabat Baginda SAW yang dimaksudkan di dalam ayat itu ialah Abu Ubaidah al-Jarrah.

Beliau sanggup membunuh bapanya dalam peperangan Uhud manakala Saidina Abu Bakar r.a sanggup berlawan satu lawan satu dengan anaknya sebelum memulakan peperangan Badar, tetapi dihalang oleh Rasulullah SAW. Inilah antara bukti cinta yang tidak berbelah-bagi terhadap Baginda SAW.

7. Orang yang benar-benar mencintai Nabi SAW juga pasti akan kasih terhadap al-Quran yang diutuskan kepada Rasulullah SAW yang dengannya manusia mendapat petunjuk. Mereka akan mengikut jejak Baginda SAW yang menjiwai al-Quran dan berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul Mukminin, Aisyah r.ha dalam katanya, “Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri”.

Mengasihi al-Quran bererti membacanya, beramal dengannya, memahaminya, menjunjung suruhan dan meninggalkan larangannya.

8. Tanda kasih terhadap Nabi SAW juga ialah berasa kasih dan belas terhadap umatnya dengan memberi nasihat kepada mereka, berusaha melakukan kebaikan dan menghapuskan kemudaratan daripada mereka.

Inilah sebahagian daripada bukti dan tanda yang harus ada pada para pencinta Nabi SAW. Oleh itu marilah kita bersama-sama memuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sejati atau pendakwa semata-mata?


Tepuk dada, tanyalah iman. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesempurnaan kecintaan kepada Rasulullah SAW.