Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu,
1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.
3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.
4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.
5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.
Minggu, 10 April 2011
Jumat, 08 April 2011
100 TOKOH PALING BERPANGARUH DI DUNIA (MICHAEL H. HART)
Terdapat ramai tokoh-tokoh yang terkemuka didunia yang mana kebanyakan daripadanya dikenali dan ada juga tidak dikenali oleh kita.Buku karangan Michael H. Hart yang berjudul "100 Tokoh Terpengaruh Di dunia" merupakan salah satu buku yang dicari-cari oleh peminat sejarah dunia.Dalam kajiannya terhadap tokoh-tokoh dunia,beliau mengklasifikasikan Tokoh-tokoh yang paling terpengaruh dan dikenali oleh semua lapisan masyarakat dunia hari ini,dan kesahihan sesebuah sejarah itu dibuktikan dengan beberapa karangan pengkaji sejarah zaman lampau.Dalam buku tersebut beliau meletakkan susunan yang tidak dapat diragui kehebatan seseorang tokoh tersebut..dalam kajiannya beliau mendapati Nabi Muhammmad s.a.w.merupakan tokoh yg paling terpengaruh didunia.dibawah saya listkan beberapa tokoh dan akan disenaraikan kesemua 100 tokoh itu secara berkala.
1. NABI MUHAMMAD (570 M - 632 M)
Jatuhnya pilihan saya kepada Nabi Muhammad dalam urutan pertama daftar Seratus Tokoh yang berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sementara pembaca dan mungkin jadi tanda tanya sebagian yang lain. Tapi saya berpegang pada keyakinan saya, dialah Nabi Muhammad satu-satunya manusia dalam sejarah yang berhasil meraih kejayaan-kejayaan luar biasa baik ditilik dari ukuran agama mahupun ruang lingkup duniawi. Berasal-usul dari keluarga sederhana, Muhammad s.a.w menegakkan dan menyebarkan salah satu dari agama terbesar di dunia, Agama Islam. Dan pada saat yang bersamaan tampil sebagai seorang pemimpin hebat, tulen, dan efektif. Kini empat belas abad sesudah wafatnya, pengaruhnya masih tetap kuat dan mendalam serta berakar.
________________________________________
2. ISAAC NEWTON (1642-1727)
Isaac Newton, ilmuwan paling besar dan paling berpengaruh yang pernah hidup di dunia, lahir di Woolsthrope, England, tepat pada hari Natal tahun 1642, bertepatan tahun kematian Galileo. Seperti halnya Nabi Muhammad, dia lahir sesudah ayahnya meninggal. Di masa kecil dia sudah menunjukkan kecekapan yang nyata di bidang mekanikal dan teramat cekap menggunakan tangannya. Meskipun dilahirkan dengan otak pintar, di sekolah begitu beliau tadak begitu menonjol. Tatkala menginjak akil baligh, ibunya mengeluarkannya dari sekolah dengan harapan anaknya akan menjadi petani yang baik. Untungnya si ibu apabila diketahui, bahawa bakat utamanya tidak terletak di situ. Pada umurnya lapan belas tahun dia meneruskan pengajian di Universiti Cambridge. Di sinilah Newton sepantas kilat menyerap apa yang kemudian terkenal dengan ilmu pengetahuan dan matematik dan dengan cepat pula mula melakukan penyelidikan sendiri. Dalam lingkungan usia dua puluh satu dan dua puluh tujuh tahun dia sudah meletakkan dasar-dasar teori ilmu pengetahuan yang pada gilirannya kemudian mengubah dunia.

3. NABI ISA (6 SM - 30 M)
Pengaruh Nabi Isa terhadap sejarah kemanusiaan begitu jelas dan begitu besar. Rasanya tak banyak orang yang mempersoalkan mengapa Nabi Isa berada di tempat hampir teratas dalam senarai pemimpin dunia. Malahan, mungkin banyak orang bertanya-tanya kenapa Isa a.s. tidak berada di tempat teratas. Akan halnya kekristianan, tidak menjadi masalah. Dalam perjalanan waktu tak syak lagi agama ini sudah peroleh pemeluk lebih besar dari agama lain . Perlu ditegaskan bukanlah perihal pengaruh dari pelbagai agama yang menjadi titik perhitungan , melainkan perkara yang menyangkut pengaruh perseorangan. Tidaklah seperti Agama Islam, Agama Nasrani didirikan bukan oleh seorang melainkan dua -- Isa a.s dan St. Paul -- kerana itu pengakuan jasa-jasa atas perkembangan agama itu harus dibahagikan bersama antara kedua tokoh itu.

4. BUDDHA (563 SM - 483 SM)
Gautama Buddha nama aslinya pangeran Siddhartha pengasas Agama Buddha, salah satu dari agama terbesar di dunia. Putera raja Kapilavastu, timur laut India berhampiran dengan Nepal. Siddhartha sendiri (marga Gautama dari suku Sakya) kononnya lahir di Lumbini yang kini termasuk wilayah negara Nepal.Beliau berkahwin pada umur enam belas tahun dengan sepupu yang sebaya dengannya. Dibesarkan di dalam istana mewah, pangeran Siddhartha tidak selesa dengan hidup serba mewah, dan dirundung rasa tidak puas yang amat. Dari jendela istana yang gemerlapan dia menjenguk ke luar dan dilihat olehnya orang-orang miskin berada di jalan-jalan, makan pagi petang tidak, atau tidak mampu makan sama sekali.Sedangkan yang berharta pun rasa tak puas, waswas gelisah, kecewa dan murung kerana dihantui serba penyakit yang setiap waktu mengheretnya ke liang lahad. Siddhartha berfikir, keadaan ini mesti diubah. Mesti terwujud makna hidup dalam erti kata yang sesungguhnya, dan bukan sekadar kesenangan yang bersifat sementara yang sentiasa dibayangi dengan penderitaan dan kematian.

5. KONG HU-CU (551 SM - 479 SM)
Kong Hu-Cu ialah seorang ahli falsafah besar China,mengasaskan ajaran Confucianisme. dialah orang pertama pengembangkan sistem menyatukan alam fikiran dan kepercayaan orang Cina yang paling mendasar. Falsafahnya mengaitkan moraliti orang perseorangan dan konsepsi suatu pemerintahan tentang cara-cara melayani rakyat dan memerintah meliputi tingkah laku dan teladan.Ada dua nilai yang teramat penting, kata Kong Hu-Cu, iaitu "Yen" dan "Li:" "Yen" sering diterjemahkan dengan kata "Cinta," tapi sebetulnya lebih kena diertikan "keakraban dalam hubungan dengan seseorang." "Li" dilukiskan sebagai gabungan antara tingkah laku, ibadah, adat kebiasaan dan sopan santun.Ajaran ini menitiberatkan kesetiaan kepada sanak keluarga dan penghormatan terhadap orang tua.

6. ST. PAUL (4 M - 64 M)
"Rasul" Paul, sezaman tapi lebih muda sedikit dari Nabi Isa, tak syak lagi penyebar Agama Nasrani yang paling terkemuka. Pengaruhnya dalam teologi Kristian jelas menunjukkan yang paling mantap, paling berjangkau jauh dibanding semua penulis dan pemikir Kristian yang lainnya. Paul, juga terkenal dengan panggilan Saul, dilahirkan di Tarsus, sebuah kota di Cilicia (kini Turki), beberapa tahun sebelum tiba era Kristian. Biarpun seorang warga Romawi, dia lahir sebagai Yahudi, mendalami bahasa Ibrani di masa muda dan memperoleh pendidikan mendalam perihal ke-Yahudian, dia juga belajar perdagangan . Semasa remajanya dia berangkat ke Darussalam bekerja di bawah bimbingan pendeta Gamaliel, seorang guru Yahudi kenamaan. Walaupun Paul dan Isa berada di Darussalam saat itu, tapi amat diragukan keduanya pernah bertemu muka.
7. TSAI LUN (± 105)
Ts'ai Lun besar kemungkinan sebuah nama yang asing kedengaran di cuping telinga pembaca yang menemui bahan membuat kertas. Menimbang betapa penting penemuannya, amatlah menghairankan orang-orang Barat meremehkannya begitu saja. Tidak banyak ensiklopedia besar menyebut tentang dirinya. Ini sungguh keterlaluan. Ditilik dari sudut pentingnya kegunaan kertas amat kesal Ts'ai Lun disebut-sebut akan menimbulkan sangkaan jangan-jangan Ts'ai Lun sebuah bentuk yang tak menentu dan tidak dipercayai ada atau tidaknya. Tetapi, penyelidikan membuktikan dengan mutlak jelas bahwa Ts'ai Lun itu benar-benar ada dan bukan sejenis jin dalam dongeng.
8. JOHANN GUTENBERG (1400-1468)
Lazimnya Johann Gutenberg dianggap pencipta mesin cetak. Apa yang sebetulnya dia lakukan adalah mengembangkan cara pertama penggunaan huruf cetak yang bergerak dan mesin cetak dalam bentuk sebegitu rupa sehingga pelbagai macam bahan tulisan dapat dicetak dengan cepat dan tepat.
9. CHRISTOPHER COLUMBUS (1451-1506)
Colombus, dalam usaha mencari jalan dari Eropah ke Timur, tanpa disengajakan menemui benua Amerika yang membuatnya lebih berpengaruh dalam sejarah dunia, di luar dugaannya sendiri. Penemuannya sekaligus merupakan mahkota eksplorasi dan kolonisasi Dunia Baru dan sekaligus pula merupakan tonggak penting dalam sejarah. Colombus bagaikan membuka pintu bagi bangsa Eropah dua benua untuk pemukiman baru, menyebar penduduk dan menyediakan sumber kekayaan mineral dan isi bumi yang pada hakikatnya mengubah wajah Eropah. Sejajar dengan itu, penemuannya juga mengakibatkan hancurnya kebudayaan bangsa Indian. Dalam jangka panjang, penemuan itu melahirkan satu bangsa baru di benua sebelah Barat, yang dengan amat cepatnya membezakan diri dengan bangsa Indian selaku penduduk asli. Hasilnya, Colombus membawa perubahan besar bagi bangsa-bangsa di Dunia Lama.
10. ALBERT EINSTEIN (1879-1955)
Albert Einstein, tak salah lagi, seorang ilmuwan terhebat abad ke-20. Cendekiawan tiada tandingannya sepanjang zaman. Termasuk kerana teori "relativiti"-nya. Sebenarnya teori ini merupakan dua teori yang berkaitan satu sama lain: teori khusus "relativiti" yang dirumuskannya tahun 1905 dan teori umum "relativiti" yang dirumuskannya tahun 1915, lebih terkenal dengan hukum daya berat Einstein. Kedua teori ini teramat rumit.kerana itu ,bukan tempatnya di sini menjelaskan bagaimana terhasilnya, namun huraian ala kadarnya tentang soal relativiti khusus ada perbahasan sedikit "semuanya adalah relatif." Teori Einstein bukanlah sekadar ungkapan semata-mata. Yang dimaksudkannya adalah suatu pendapat matematik yang pasti tentang kaedah-kaedah ilmiah yang sebetulnya relatif@berkaitan.
11. KARL MARX (1818 - 1883)
Karl Marx, pelopor utama gagasan "sosialisme" dilahirkan tahun 1818 di kota Trier, Jerman, Ayahnya seorang hakim dan pada umur tujuh belas tahun Karl memasuki Universiti Bonn,juga belajar ilmu kehakiman.Kemudian dia pindah ke Universiti Berlin dan mendapat gelaran Doktor dalam ilmu falsafah dari Universiti Jena.Marx menceburkan diri ke dunia jurnalistik dan menjadi redaktor Rheinische Zeitung di Cologne buat seketika. Tetapi, pandangan politiknya yang radikal menyeretnya ke dalam kesulitan dan memaksanya berpindah ke Paris. Di situlah permulaannya dan bertemu dengan Friederich Engels. Tali persahabatan dan persamaan pandangan politik mengikat kedua-duanya.
12. LOUIS PASTEUR (1822-1895)
Beliau merupakan ahli kimia dan biologi Perancis, Louis Pasteur, umumnya dianggap orang yang biasa dalam sejarah ubat-ubatan. Pasteur memang menyumbangkan banyak idea bahawa kepentingan ilmu pengetahuan. Tetapi yang paling menonjol pada dirinya ialah pendapatnya tentang teori baksil penyakit dan pengembangan teknik pencegahan lewat penyuntikan.

Tahiyatul Masjid
Solat Sunat Tahiyyatul Masjid merupakan solat sunat yang didirikan ketika memasuki masjid sebaiknya sebelum duduk.
Solat ini amat digalakkan dan seseorang itu digalakkan melakukan sunat Tahiyyatul Masjid walaupun ketika kutbah Jumaat sedang dibacakan pada hari Jumaat. Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w. sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Adakah engkau telah mendirikan sembahyang Tahiyyatulmasjid, Wahai Polan! Orang itu menjawab: Belum! Rasulullah s.a.w bersabda: Bangun dan sembahyanglah! (Sahih Muslim) [1]
Tertib Tahiyyatul Masjid
Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:
yang bermaksud "Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, bukakanlah pintu-pintu rahmat dan restu-Mu"
Lafaz niat solat Tahiyyatul Masjid
"Sahaja aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala "
Hadis Berkaitan
Dari Abu Qatadah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau sekiranya salah satu di antara kalian masuk ke dalam masjid maka dilarang untuk duduk di dalamnya sebelum mengerjakan solat dua rakaat (solat Tahiyatul Masjid) [2]
Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: "Nabi berhutang denganku. Lalu baginda membayarnya lebih daripada hutang baginda itu. Seterusnya aku memasuki masjid, lalu baginda berkata kepadaku: Sembahyanglah dua rakaat!" [3]
Hadis Kaab bin Malik r.a:
Kebiasaannya Rasulullah s.a.w kembali dari musafir pada waktu siang hari iaitu pada waktu Dhuha. Apabila kembali, baginda terus menuju ke masjid dan selepas mendirikan sembahyang dua rakaat baginda pun duduk [4]
Imam Malik berpendapat dan berpegang bahawa larangan mengerjakan solat selepas menunaikan solat Asar lebih keras daripada suruhan mengerjakan solat tahiyat masjid. Dengan demikian, beliau melarang penuntut-penuntutnya mengerjakan solat tahiyat masjid sekiranya mereka masuk ke masjid di antara waktu asar dan Maghrib. [5]
Pendapat Imam Malik
Pada suatu hari Imam Malik masuk ke masjid selepas Asar di Masjid Nabawi dan terus duduk tanpa terlebih melakukan solat tahiyat masjid. Ketika beliau hendak duduk, seorang budak menyuruhnya mendirikan solat tahiyat masjid. Imam Malik segera bangun dan menunaikan solat tahiyat masjid.
Apabila selesai mengerjakan solat dua rakaat itu, penuntutnya bertanya sama ada pendapat dan pegangannya sudah berubah. Beliau menyatakan pendapatnya tidak berubah, tetapi beliau melakukan solat sunat ketika itu kerana takutkan Allah menggolongkan dirinya dalam golongan mereka yang ingkar pada ayat Quran Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): Taatlah dan kerjakanlah sembahyang, mereka enggan mengerjakannya. (al-Mursalat 77:48) [6]
Permasalahan Mengenai Solat Sunat Tahiyyatul Masjid
Seorang jemaah sampai ke masjid pada waktu Zuhur dan bilal sedang melaungkan azan Zuhur, dan jemaah tersebut belum menunaikan solat Tahiyyatul Masjid. Dalam keadaan ini, apabila masuk waktu solat Zuhur, jemaah tersebut mempunyai dilema sama ada untuk menunaikan solat Tahiyyatul Masjid ataupun Solat Sunat Rawatib. Dalam keadaan ini, Islam mensyariatkan bahawa solat yang lebih berhak ke atas jemaah tersebut pada waktu itu adalah solat sunat Rawatib Zuhur dan bukannya solat sunat Tahiyatul masjid. Dengan mendirikan Rawatib Qabliyyah Zuhur, ulama mengira sudah memadai dan mendapat fadilat sunat Tahiyatul Masjid. (Mohd. Farid Ravi Abdullah - Utusan Malaysia Bicara Agama)

SOLAT DHUHA
SEMBAHYANG DHUHA
Murahkan rezeki, menolak kepapaan
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )

Langganan:
Postingan (Atom)